Sejarah Liga Super Malaysia

Liga Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan liga menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Malaysia. Apabila pertandingan secara professional diperkenalkan pada 1996, pasukan kelab mula menyertai Liga Malaysia.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-pro Malaysia. Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-pro ditukar kepada Liga M.

Nama Liga

Semenjak liga diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

MusimNama
1982 - 1988Liga Malaysia
1989 - 1993Liga Semi-Pro Divisyen 1
1994 - 1997Liga Perdana
1998 - 2003Liga Perdana 1
2004 -Liga Super Malaysia

Jumlah Pasukan

Jumlah pasukan juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh FAM dengan membenarkan hanya 8 pasukan bertanding di Liga Super. Manakala 16 lagi pasukan bersaing di Liga Perdana yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas tiga musim FAM sekali lagi mengubah jumlah pasukan kepada 13 pasukan. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format liga yang digunakan FAM. FAM menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah pasukan kepada 14 pasukan. Bermula tahun 2013, jumlah pasukan kembali dikurangkan kepada 12 pasukan di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan. Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke liga utama di Malaysia sejak tahun 1982.

MusimJumlah Pasukan
1982-198416 pasukan
1985-198817 pasukan
19899 pasukan
1990-199310 pasukan
199416 pasukan
1995-199715 pasukan
199812 pasukan
199910 pasukan
2000-200112 pasukan
200214 pasukan
200313 pasukan
2004-20068 pasukan
2007-200813 pasukan
2009-201214 pasukan
2013-kini12 pasukan

Penajaan

MusimPenajaPenjenamaan Liga
2004DunhillDunhill Liga Super Malaysia
2005–10TMTM Liga Super Malaysia
2011-Liga Super Malaysia
2012–14AstroAstro Liga Super Malaysia
2015–17-Liga Super Malaysia
2018UnifiUnifi Liga Super Malaysia
2019-Liga Super Malaysia
2020CIMBCIMB Liga Super Malaysia